Friday, July 29, 2011

Sunrise at Nusajaya


Pagi-pagi lagi selepas solat subuh, aku telah bersiap…..semalam  anak saudara dan hafetz telah berjanji untuk untuk menemankan aku ke Puteri Habour bagi merakam foto matahari terbit.  Apabila kami mula nak keluar, bapa mertuaku beria-ia menyuruh kami minum dahulu…. tapi kerana risau terlewat, aku hanya minum seteguk air milo…kebetulannya masih panas lagi…. dan kemudian bergegas pergi.

Sampai di Puteri Habour , masih tak nampak bayangan matahari yang akan keluar . Rupanya cahaya matahari dari arah yang bertentangan….. al maklum sajalah, selama ini tak pernah sibuk nak tengok  mana Timur mana Barat apatah lagi nak tengok kompas. 

Bila dah nampak cahaya di kaki langit,  kami  cuba cari tempat sesuai. Nasiblah ada hafetz dan anak saudara lelaki yang menemankan …kalau seorang , memang tak berani nak ke kawasan sunyi yang masih dijalankan kerja-kerja pembinaan.   Baru nak pasang tripod …nampak matahari sudah mula nak keluar…. begitu cepat rupanya…sementara aku masih terkial-kial nak “setting”  kamera. Nak pakai mode apa ? Nak letak shutter berapa? Setting camera ke “bulb” tak menjadi pulak. Pernah sekali saja dulu merakam  di Queenstown   foto “ landscape Lake Wakatipu” .  Akhirnya aku letakkan aperture ke f22 dan shutter 30 sc . ….. bila tengok semula kat screen kamera, nampak ok  dan kemudian barulah cuba alih-alihkan shutter ke f11 dan lain-lain setting.  

Akhirnya inilah foto yang dirakam…sukanya rasa..…ada satu kepuasan apabila dapat merakam foto sebegini. Walaupun tak secantik foto yang dirakam pro photographer tapi aku rasa suka sangat sebab ini hasil pertama merakam slow shutter ….






No comments:

Post a Comment