Saturday, December 21, 2013

Bengkel Fotografi last year….


Dah lama berhajat nak join Bengkel Fotografi Adhadi tapi asyik tak ada kesempatan. Alhamdulilah last week dapat jugak pergi ke KL untuk Bengkel tersebut. Thank you to Cikgu Adhadi sbb buat Bengkel khas utk mommy bagi Bengkel Fotografi Kanak-Kanak …. so ramailah Mommy mommy yang datang.


Hari Sabtu 6/12/2012 tu la kali kedua ke Tasik Perdana…kali pertama 24 tahun yang lalu…huh..lama sungguh…. banyak dah berubah rasanya… cari Playground Kanak-Kanak ni pun kena  google map dulu malam sebelumnya nak tengok lokasi. Terima kasih to my hubby sbb hantarkan mama , danish and hafetz ke lokasi… kalau drive sendiri susah nak cari parking.



8.30 pagi dah sampai..tunggu Cikgu mcm tak nampak jer..yang jumpa beberapa mommy jugak bawak DSLR &  anak….mestilah nak pergi bengkel yang sama…. dah hampir 9:30 pun masih tak nampak Cikgu….Opps….tiba tiba dpt phone call  dari kawan lain yang join…rupanya kami ni tunggu kat salah tempat…Cikgu dah pun beri taklimat….so kenalah menapak ke lokasi yang lain… nasib la tak berapa jauh…



Ni la antara peserta yang ikuti kursus ni.. bukan semua mommy rasanya..ada jugak female photographer ….





Danish ni  bila dah lama..mulalah meragam sebab duduk lama atas stroller….  so terpaksalah  lepas kan main kat taman…apalagi….banyaklah aktiviti dia, tak dapatlah sangat nak dengar cikgu beri penerangan sbb asyik sibuk dengan dia jer….

Mula-mula ok saja….ikut cakap abang lepas dapat bebas dari stroller….
Ni dah mula la….jalan sana sini..happy dapat bebas….
Abang pun dah mula penat….
Siap tolak abang lagi sebab escort  dia…..

Lepas tu apa lagi dia buat….? Interframe Cikgu mengajar…asyik berpusing pusing kat kawasan cikgu beri penerangan.

2-3 kali asyik pergi kat Cikgu Adhadi….  minat betul dia kat Cikgu...





Lepas tu masa sessi photoshoot pulak…mulalah dia mengada….kalau senyum macam ni semua orang pun suka. Tapi bertahan duduk kat satu tempat sekejap jer….susah nak ambil gambar dia.




Lepas tu interframe lagi kat tempat tempat lain….





Crepe

Jom sarapan pagi ni dengan lempeng cicah sambal udang….  nak lebih glamour lagi, janganlah panggil lempeng ..kena panggil “crepe”  …. jom …. 


“Crepe”  …mcm pancake juga tapi lebih nipis….dan selalunya boleh gulung… dibuat dari tepung gandum jer ……....kalau nak English sikit letak ler butter tapi kalau orang melayu buat sarapan letak minyak sikit jer and sendukkan batter dan layangkan atas kuali panas…. makan masa masih panas cicah dengan sambal tumis udang atau sambal tumis bilis waktu hujan….amatlah sedapnya… 

Dulu-dulu masa saya kecil, Ibu saya selalu buat crepe@Lempeng ni…kadang kadang pula Achik saya yang ambil tugas buat sarapan dan buat lempeng ni. Saya mesti tak de mood nak sarapan sebab saya tak suka lempeng … or tempek (masa tu panggil) . Semua kuih jenis ni samada yang letak kelapa atau yang buat daripada tepung dengan garam jer..semua sangat sangatlah saya tak suka makan.  

Bila teringat kembali….terasa bersalahnya pada Ibu kerana zaman dahulu, walaupun susah macamana pun, setiap pagi mesti ada sarapan ..semuanya kuih buatan sendiri setiap pagi….  tapi pada masa tu kenapalah saya tak terfikir kesusahan Ibu buat semua tu…kesempitan hidup juga kerana berjimat untuk perbelanjaan dapur. 

Apa yang hebat lagi….zaman Ibu kita menjaga kita dulu semuanya hasil tangan sendiri … sarapan jarang sekali dibeli dikedai….tidak seperti zaman sekarang dimana anak-anak kena  “request” mama dia masakan untuk “homecook meal“  …...

Insaf saya kerana betapa pada masa itu  kerana saya tidak tahu bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan….. 

Al-Baqarah [172] Wahai orang yang beriman!  Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlahkepada Allah,  jika betul kamu beribadat kepada-Nya.

An-Nahl [114] Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik,  dan bersyukurlah akan nikmat Allah,  jika benar kamu menyembah-Nya.




Rupanya Crepe ni ada banyak nama ….  ni sumber yang saya dapat dari Wikipedia …. 

In Swedish, a crêpe is called pannkaka, and in Danishpandekage ("pancake"); in Dutch it is a pannenkoek or Flensje, and inAfrikaans a pannekoek, which is usually served with cinnamon sugar. In Italy, crêpes are called crespella. In the Spanish regions of Galicia and Asturias they are traditionally served at carnivals. In Galicia they're called filloas, and may also be made with pork blood instead of milk. In Asturias they are called fayueles or frixuelos, and in Turkey, "Akıtma”.


The names for thin crêpes in other parts of Europe are: